INDAHNYA HIDUP

Hidup bertakwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia.

30 November 2009

KPKSM sana sini..



Jamuan Perpisahan meraikan ahli-ahli KPKSM Pahang yang akan bertukar..

untuk renungan bersama...

Lakukan 4 perkara sebelum tidur.

Rasulullah bersabda...
1. Jika engkau tido bacalah Al Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau mengkhatamkan Al Quran.
2. Bacalah sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum Ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah.

26 November 2009

HARI KELUARGA KASTAM PAHANG 2009



Ahli-ahli KPKSM Pahang terlibat memeriahkan lagi program Hari Keluarga Kastam Pahang 2009. Seramai 1000 warga berserta keluarga hadir, antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah sukan keluarga, cabutan bertuah dan tidak ketinggalan jamuan makan tengah hari.




25 November 2009

PERTANDINGAN BADMINTON KPKSM 2009

KPKSM cawangan Pahang dengan kerjasama Bahagian Kastam Kuantan menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Kastam Pahang. Ahli-ahli daripada stesyen Bentong, Temerloh juga turut menyertainya. Acara-acara yang dipertandingkan adalah acara bergu lelaki, wanita dan campuran. Yuran penyertaan sebanyak RM5.00 dikenakan. Sambutan daripada ahli-ahli amat menggalakan.

Ahli-ahli KPKSM yang menyertai kategori terbuka lelaki...
Ahli wanita KPKSM yang turut menyertai kejohanan

Antara bergu yang mengambil bahagian...
bergu razak & amri sedang beraksi

Bergu Lisa & Zulaina sedang beraksi

Majlis Maulidul Rasul Peringkat Negeri Pahang 2009

Ahli-ahli KPKSM Pahang turut bersama
dimajlis Bacaan Yassin dan tahlil telah diadakan
di Surau Perumahan Kastam Taman Makmur.
Seramai 25 ahli KPKSM Pahang turut memeriahkan Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini. Turut berangkat KDYMM Tengku Mahkota Pahang. Dimajlis tersebut pasukan JKDM Pahang telah berjaya meraih tempat ketiga bagi acara pembarisan peserta. Hadiah-hadiah disampaikan oleh KDYMM Tengku Mahkota Pahang.

PERTANDINGAN BOWLING KPKSM PAHANG 2009.


Urusetia pertandingan.


Pendaftaran peserta-peserta.


YH Dato' PKN membuat balingan perasmian.


Peserta-peserta pertandingan sedang beraksi.


Pengerusi Pahang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pada 25hb Julai 2009, KPKSM cawangan Pahang telah menganjurkan pertandingan Bowling Bergu KPKSM 2009 bertempat di Premium Bowls, Kuantan. Seramai 63 regu telah mengambil bahagian. Kejohanan ini adalah kali kedua dianjurkan oleh KPKSM Pahang. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada ahli-ahli KPKSM Pahang yang telah terlibat menjayakan pertandingan ini. Ucapan terima kasih juga kepada KPKSM Ibu Pejabat dan Melaka, yang mana telah memberi sokongan padu.