INDAHNYA HIDUP

Hidup bertakwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia.

13 June 2011

Peranan AKRAB

Salam sdr/sdri...


Dikesempatan ini saya ingin berkongsi bersama-sama menceritakan peranan AKRAB dalam membantu rakan-rakan sekerja. AKRAB yang membawa maksud AMANAH, KOMITMEN, RASIONAL, AKHLAK dan BESTARI merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang warga. Tanpa ciri-ciri tersebut organisasi tidak akan dapat melahirkan warga nya yang cemerlang.


Didalam sesebuah organisasi, memang ada terdapat warga nya yang kurang berkualiti, berfikiran negatif dan juga yang bermasalah. Bagaimana organisasi hendak menangani permasalah tersebut ? Aspek ganjaran, peneguran, denda dan hukuman boleh dilakasanakan, tetapi adakah ianya akan dapat membetulkan warga tersebut


Lantaran itu, AKRAB telah dikemaskini perlaksanaan nya, warga lebih selesa berbincang bersama rakan sekerja berbanding pegawai atasan mereka. Perasan dan emosi negatif, jika dipendamkan tanpa dapat disalurkan secara positif akan membuat pegawai mengalami kemurungan dan kecelaruan fikiran.


Di situ lah peranan AKRAB, peranan tersebut bukan boleh menyelesaikan masalah pegawai tersebut, tetapi sekurang nya pegawai tersebut telah mempunyai rakan sekerja untuk berkongsi masalahnya. Dengan perkongsiaan, sekurang-kurang dapat melegakan emosi pegawai tersebut, pegawai boleh celik akal, memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi.


AKRAB membimbing bukan menyelesaikan....salam..terima kasih

29 March 2011

KEJOHANAN BOWLING BERGU KPKSM PAHANG.





















KPKSM Pahang telah mengadakan kejohanan Bowling Bergu Jemputan KPKSM Pahang pada 26 March 2011. Kejohanan diadakan di Premium Lanes, Kuantan. Seramai 53 bergu telah mengambil bahagian. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh sdr Manaf Bin safien, Pengerusi KPKSM Pahang. Keputusan nya adalah :-


1. Johan - Greenpen

2. N/Johan - LPKn3

3. Ketiga - Pekanjaya







09 December 2009

MAJLIS KORBAN KASTAM 2009

Pada 30hb November 2009 ( Isnin ) bersamaan 13 Zulhijah 1430, BAKISKA Pahang telah menganjurkan majlis korban. Ahli KPKSM Pahang juga tidak ketinggalan menjayakan nya. Pada majlis tersebut, 2 ekor lembu talah dikorbankan. Majlis tersebut bermula dengan penyembelihan 2 ekor lembu dan di ikuti jamuan makan tengahari.


Ahli KPKSM sedang melapah daging lembu

Sdr Faisal & Aminuddin turut serta....






Tukang masak pakar KPKSM, Tn Hj Rosli bersama sdri Zaiton


08 December 2009

Kenangan bersama KPKSM...

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan Nya jua, kita dipertemukan didalam blog ini. Terpanggil saya untuk sama-sama kita berkongsi kenangan terindah kita berkesatuan. Setelah hampir 30 tahun saya bersama KPKSM atau KPPKSM dahulunya, banyak kenangan terindah yang masih segar terpahat di hati ini.

Saya tidak pernah ketinggalan untuk menghadiri mesyuarat Perwakilan KPKSM yang telah diadakan dimana jua. Kehangatan mesyuarat perwakilan masih terasa, saolah olah kita berada di dalam bangunan Parlimen, wakil rakyat kerajaan dan pembangkang sedang membahaskan usul-usul. Nama-nama besar orang-orang kesatuan seperti sdr Ibrahim Taib, sdr Pak wan, arwah sdr Sani, arwah sdr Mohd Nor, arwah Anuar Abdullah begitu petah bila membahaskan usul-usul. Idea-idea yang bernas, lenggok kata yang berilmu dan mimik muka yang bersahaja apabila berbahas.
Semenjak dua menjak ni, keadaan amat-amat berbeza, dewan mesyuarat perwakilan agak kosong, cuma yang ada ahli MJKT, Perwakilan dan kekadang wajah-wajah pemerhati negeri. Kegemilangan mesyuarat perwakilan KPKSM telah pun pudar dek zaman. Entah dimana silap atau ahli-ahli diera 20an ni kurang berminat berkesatuan. Mungkin juga apa yang diperjuangkan selama ini telah dapat dinikmati oleh generasi terkini atau pun kita beranggapan kita kini didalam zon selesa, tidak boleh diggangu gugat lagi.
Ingat lah saudara / saudari ku, langit itu tidak selalu cerah, teruskan perjuangan murni ini. Jangan lah asik bertanya apa yang saya dapat apabila menjadi ahli KPKSM, tanyalah apa yang boleh saya boleh buat untuk memacukan KPKSM kearah kegemilangan. Kehadapan lah, jadikan diri sebagai barisan pemimpin pelapis kesatuan. Sanggup kah kita melihat KPKSM kita ini berkubur tanpa batu nisan...ayuh bingkas bangkit, sama-sama kita memertabatkan Kesatuan kesayangan kita ini. Ketemu semula sdr / sdri...wasallam.... ikhlas drp pikt290

03 December 2009

AHLI KPKSM PAHANG MENDERMA DARAH.

Pada 09hb November 2009 baru-baru ini, seramai 19 ahli KPKSM Pahang telah sama-sama menyertai program menderma darah anjuran Pejabat Tanah dan daerah Kuantan. Diantara ahli-ahli yang turut serta adalah Pengerusi, Naib Pengerusi , Bendahari KPKSM Pahang. Walau pun jumlah kehadiran tidak begitu ramai, tetapi KPKSM tetap menyumbang kepada masyarakat Malaysia.. Tahniah kepada penderma-penderma.


Sedang menunggu giliran......


Sdr Azhar sedang diambil sample darah


Naib Pengerusi menderma darah.


30 November 2009

KPKSM sana sini..



Jamuan Perpisahan meraikan ahli-ahli KPKSM Pahang yang akan bertukar..

untuk renungan bersama...

Lakukan 4 perkara sebelum tidur.

Rasulullah bersabda...
1. Jika engkau tido bacalah Al Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau mengkhatamkan Al Quran.
2. Bacalah sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum Ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah.

26 November 2009

HARI KELUARGA KASTAM PAHANG 2009



Ahli-ahli KPKSM Pahang terlibat memeriahkan lagi program Hari Keluarga Kastam Pahang 2009. Seramai 1000 warga berserta keluarga hadir, antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah sukan keluarga, cabutan bertuah dan tidak ketinggalan jamuan makan tengah hari.




25 November 2009

PERTANDINGAN BADMINTON KPKSM 2009

KPKSM cawangan Pahang dengan kerjasama Bahagian Kastam Kuantan menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Kastam Pahang. Ahli-ahli daripada stesyen Bentong, Temerloh juga turut menyertainya. Acara-acara yang dipertandingkan adalah acara bergu lelaki, wanita dan campuran. Yuran penyertaan sebanyak RM5.00 dikenakan. Sambutan daripada ahli-ahli amat menggalakan.

Ahli-ahli KPKSM yang menyertai kategori terbuka lelaki...
Ahli wanita KPKSM yang turut menyertai kejohanan

Antara bergu yang mengambil bahagian...
bergu razak & amri sedang beraksi

Bergu Lisa & Zulaina sedang beraksi