INDAHNYA HIDUP

Hidup bertakwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia.

08 December 2009

Kenangan bersama KPKSM...

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan Nya jua, kita dipertemukan didalam blog ini. Terpanggil saya untuk sama-sama kita berkongsi kenangan terindah kita berkesatuan. Setelah hampir 30 tahun saya bersama KPKSM atau KPPKSM dahulunya, banyak kenangan terindah yang masih segar terpahat di hati ini.

Saya tidak pernah ketinggalan untuk menghadiri mesyuarat Perwakilan KPKSM yang telah diadakan dimana jua. Kehangatan mesyuarat perwakilan masih terasa, saolah olah kita berada di dalam bangunan Parlimen, wakil rakyat kerajaan dan pembangkang sedang membahaskan usul-usul. Nama-nama besar orang-orang kesatuan seperti sdr Ibrahim Taib, sdr Pak wan, arwah sdr Sani, arwah sdr Mohd Nor, arwah Anuar Abdullah begitu petah bila membahaskan usul-usul. Idea-idea yang bernas, lenggok kata yang berilmu dan mimik muka yang bersahaja apabila berbahas.
Semenjak dua menjak ni, keadaan amat-amat berbeza, dewan mesyuarat perwakilan agak kosong, cuma yang ada ahli MJKT, Perwakilan dan kekadang wajah-wajah pemerhati negeri. Kegemilangan mesyuarat perwakilan KPKSM telah pun pudar dek zaman. Entah dimana silap atau ahli-ahli diera 20an ni kurang berminat berkesatuan. Mungkin juga apa yang diperjuangkan selama ini telah dapat dinikmati oleh generasi terkini atau pun kita beranggapan kita kini didalam zon selesa, tidak boleh diggangu gugat lagi.
Ingat lah saudara / saudari ku, langit itu tidak selalu cerah, teruskan perjuangan murni ini. Jangan lah asik bertanya apa yang saya dapat apabila menjadi ahli KPKSM, tanyalah apa yang boleh saya boleh buat untuk memacukan KPKSM kearah kegemilangan. Kehadapan lah, jadikan diri sebagai barisan pemimpin pelapis kesatuan. Sanggup kah kita melihat KPKSM kita ini berkubur tanpa batu nisan...ayuh bingkas bangkit, sama-sama kita memertabatkan Kesatuan kesayangan kita ini. Ketemu semula sdr / sdri...wasallam.... ikhlas drp pikt290

No comments: